Susunan molekul-molekul setiap inci daripada garam kristal yang dilombong secara manual ini masih erat dan berantai. Fenomena ini menjamin bahawa kualiti Garam Kristal Pure Living adalah antara Garam Kristal yang mempunyai khasiat tinggi.
Lampu Garam Kristal adalah satu alternatif kepada rawatan ketegangan fikiran (stress). Apabila dihangatkan dengan pancaran mentol 25W, ia akan membebaskan ion-ion negatif ke udara. Ion-ion negatif adalah ibarat vitamin udara yang meneutralkan dan membersihkan udara. Udara yang mengandungi ion-ion positif yang banyak adalah tidak sihat. Ia akan menjejaskan kesihatan, tumpuan dan kadar pernafasan. Komputer, Televisyen, dan barangan elektrik lain adalah penyumbang kepada peningkatan ion positif dalam udara.
Selain indah dijadikan bahan hiasan dalam rumah, bilik tidur, dan pejabat ia juga adalah satu sumber ketenangan dan kesihatan diri.
Lampu Kristal (Customized): RM75.00 (WM)
Berat : 2 - 3.5 kg









